FINGER FOOD FOR BABIES..ADA RISIKO UNTUK ANAK CEKIK?

Pada usia 8 bulan ke atas perlu ada stimulasi untuk baby bagi perkembangan motor skills. Semasa usia ni baby akan belajar mengambil, mengangkat dan memegang benda benda dan kita sebagai ibu bapa perlu bantu baby beremkembang.Tak semestinya perlu beli mainan mahal, boleh je mula dengan bagi finger foods untuk anak anak, untuk waktu snek atau pun semasa makan

Tapi bila sebenarnya sesuai untuk bagi?
Apakah tekstur yang sesuai?
Apa size makanan yang sesuai?
Kenapa kita tak bagi sebelum umur 8 bulan?

Finger foods boleh diberi seiring dengan baby led weaning diet untuk bagi anak seronok waktu makan dan exlpore. Boleh diberi ketika umur 8 bulan dan ke atas
Sebelum umur itu tidak sesuai sebab

  1. Bayi tak cukup kuat untuk duduk dan bermain
  2. Risiko tercekik tinggi sebab tekstur makanan masih lagi lebih kepada puree dan mashed bukan solid atau lembut

Size makanan elok besar dan jangan terlalu kecil hingga baby boleh telan tanpa mengunyah untuk umur 9 bulan ke atas dan bagi umur 12 bulan ke atas boleh bagi finger foods yang boleh dikunyah sebab motor skills dah makin halus. Yang penting utamakan juga makanan yang natural,sihat dan sedap waktu nak bagi finger foods DAN SENTIASA AWASI ANAK ketika bagi finger foods untuk elak kejadian yang tak diingini…

Macam mana pula dengan baby led weaning? Apa tu…hehehe next story ye. Kalau tak sabar meh join online diet kelas saya: diet untuk si manja. Nnt sy story laaagggiii detail…

 

Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Mommy seorang picky eater dan seorang lagi ngap je semua

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan