Semua mommies excited bila anak dah cecah 6 bulan sebab anak dah boleh makan yeayyy.. Dalam mimpi pun dah start nak plan nak bagi baby makan apa. Tapi sebab baby masih lagi kecil,usus masih belum matang sepenuhnya dan perlu ambil langkah langkah penjagaan waktu nak perkenalkan makanan ke anak. Ada banyak sebenarya kena ikut turutan
Turutan jenis karbohidrat

  1. Turutan jenis serat
  2. Turutan kuantiti makan
  3. Turutan kekerapan makanan
  4. Turutan jenis protin
  5. Turutan tekstur makanan
  6. Turutan penurunan susu yang diambil
  7. Berapa lama nak kenalkan
  8. Campuran yang sesuai
  9. Alat sesuai

Yup tak boleh main terus nak bagi je…Pening kan..Hari ini tentang sumber protein sebab ini yang boleh membawa kepada side effects yang paling teruk..sehingga boleh menyebabkan maut.
Kenapa tak boleh kenalkan semua je sekaligus?

Protein mengandungi molekul atau bahan binaan yang kecil dan boleh memulakan tindakbalas immuniti badan untuk melawan molekul tersebut..ini adalah allergik

Tapi setiap makanan protein saiz molekul tak sama
Maka kita kenalkan yang paling besar molekul (paling rendah keberangkalian untuk memulakan tindakbalas) kepada yang paling kecil

Tindakbalas boleh dibahagikan kepada

  1. Mild (allergik bahagian kulit sahaja seprti eczema,gatal gatal, ruam,bintik bintik merah)
  2. Moderate (allergik melibatkan kulit dan sistem pencernaan seperti simptom atas tambah dengan contoh simptom berak cair, sakit perut,kembung perut,kurang selera makan)
  3. Severe (allergik melibatkan bahagian kulit dan sistem pencernaan dan sistem pernafasan. Ini boleh membawa kepada kesesakan nafas, nafas laju dan kemudian maut)

Dahsyat tau tindakbalas…so jangan main cuba cuba..

** kalau untuk dewasa molekul paling kecil tu la kualtiti protein yang baik
.
.
So apakah turutan untuk memperkenalkan protein?
?6 – 7 bulan
Ayam dan daging..ingat masih perlu dimasak dan blend dengan halus
?8-10 bulan
Ikan dan telur kuning..kenalkan satu satu sumber..belum sesuai lagi untuk campur campur banyak jenis protein
?10-12 bulan
Seafood dan telur sebiji..masa ini juga boleh kenalkan cincang tambah dalam bubur/nasi lembik atau dipotong kasar untuk finger foods
?12bulan ke atas
Kacang kekacang yang dimasak lembut..jgn bagi yang keras2 ye (kacang panggang, kacang dhaal,lain lain)

Masih perlu ingat tekstur juga perlu diubah mengikut perkembangan usia..

Banyak kan tips tips..
Tapi masih lagi banyak sangat tips untuk dikongsi dengan mommies..
Tips yang tak boleh nak explain dekat komen sahaja, perlu penjelasan yang teliti…
Untuk yang tu
Boleh join kelas online diet untuk si manja untuk banyak lagi tips tips berkaitan makanan mereka

Dietitian Fizah Sobri
Seorang mommy juga

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan