Puncanya..Hb rendah ⬇️⬇️
❌HB Rendah..makan zat besi je tak cukup?
Apa tu Hb?
Hb atau hemoglobin adalah pengangkut atau transporter zat zat dan oksigen dalam darah ke seluruh badan..untuk ibu mengandung ia juga transporter ke baby..
Banyak keadaan ibu mengandung yang mengandungi bacaan Hb yang rendah
Kenapa masa mengandung Hb boleh turun tapi masa tak mengandung Hb tak pernah turun?
Ini adalah sebab bila mengandung isipadu darah makin naik sebab kena tampung demand baby…dan Hb boleh drop terutamanya waktu trimester ketiga..
Ini adalah NORMAL..tapi perlu AMBIL TINDAKAN untuk elak keadaan yang tak diingini berlaku
Keadaan rendah Hb boleh menyebabkan mommies rasa
⚠️ mudah penat
⚠️ mengantuk
⚠️ tak bermaya
⚠️ baby kecil
Dan lain lain…
TAPI nak naikkan Hb bukan sekadar ambil zat besi
Ada 3 sebab Hb boleh turun dan Anemia berlaku iaitu zat di bawah yang tak cukup
1. Zat besi
2. Folate
3. Vitamin b12
Haaa baru tahu kan bukan sahaja zat besi ye..
Cara nak mengatasi
1. Zat besi tak cukup
– kalau zat ini tak cukup susah nak angkut oksigen ke seluruh badan
– jenis anemia yang paling kerap jumpa
– tingkatkan pengambilan sumber zat besi seperti ayam,daging,kerang,sayur berdaun hijau,hasil bijirin seperti cereal/roti gandum/oat
2. Folate tak cukup
-kalau zat ni tak cukup badan susah nak hasilkan sel darah merah yang baru
– dibantu oleh supplemwnt acid folik yang semua ibu mengandung dapat….selain dari elak masalah seperti spina bifida ia juga elak dari Hb turun dan akibat berat badan bayi semasa lahir rendah
– punca folate dari makanan adalah seperti telur, brokoli, sayur berubi dan buah buahan citrus (oren,limau,lemon)
3. Vitamin B12 tidak mencukupi
– ini berperana nak membuat sel darah merah yang sihat dan sempurna
– selalu terjadi dalam kumpulan vegetarian
– makanan kaya dengan zat ini terdiri dari ayam, susu dan hasil tenusu dan telur
❗❗BUKAN TU JE❗❗
Selain tu ada juga makanan yang boleh MENGGALAKAN zat zat ini diserap oleh badan dan ada yang MENGHALANG zat zat ni masuk dalam badan..
Fuh tapi tu next post..
Follow rapat2 fb dan instagram saya untuk tau bila saya up next post
Sayang semua??
Dietitian fizah❤
#dietitianfizah#dietinpregnancy
#dietmengandung
#dietibuhamil