80% dari pengawalan Diabetes adalah melalui DIET yang betul
.
Jika anda telah disahkan kencing manis, sila berjumpa dengan PEGAWAI DIETETIK untuk mendapat maklumat diet yang BETUL dan SESUAI untuk anda
.
Pengawalan diet bukan sahaja perlu elak makanan /minuman manis TETAPI KAWAL 4 PERKARA (4J)

  1. JENIS 
    – jenis perlu diawasi / dielakkan
    – jenis perlu dihadkan
    – jenis yang bebas makan
    – keperluan supplement
  2. JUMLAH 
    – pengiraan kuantiti macronutrient yang diperlukan terutamanya karbohidrat
    – 50-55% sahaja karbohidrat dari keperluan satu hari dab pwrlu dibahagi sama rata sepanjang hari
    – ketahui karbohidrat tersembunyi
    – ketahui faktor yang menyebabkan karbohidrat cepat/lambat naik dalam darah
    – perlu pandai mengenalpasti semua makanan yang mengandungi karbohidrat dan kuantiti nya
    Contoh kandungan karbohidrat dalam
    1 senduk nasi rata = 1 keping roti = 1 biji rpal merah = 1 cawan susu = 3 keping biskut = 3 sudu besar oat = 15gm karbohidrat
  3. JADUAL
    – wajib makan 3x sehari sarapan,makan tengahri dan makan malam
    – bila masa sesuai makan berat? Perlu ke snek/makanan ringan?
    – waktu amik ubat sesuai dengan waktu makan tak?
  4. JALAN JALAN (EXERCISE)
    – hanya melalui exercise gula dalam darah boleh dibakar
    Tiada isitlah minum air manis sikit ‘cairkan’ dengan minum air kosong yang banyak
    – berapa exercise untuk bakar berapa kalori?

Banyak kan info info dan cara mengawal diet..kalau belajar sendiri takut pening

Jika kawal dengan segera akan cepat dapat elak komplikasi diabetes seperti

1. Sakit buah pinggan
2. Sakit jantung
3. Stroke
4. Sakit saraf

Dan macam macam lagi….
Setiap orang berbeza…

Yang ada sejarah keluarga mulalah gaya hidup yang sihat SEKARANG

1. Amalkan suku suku separuh
2. 30min exercise sehari
3. Yearly checkup

Sekian
Dietitian Fizah Sobri

Risau tengok pesakit diabetes makin naik
Saya seorang jaga 4 klinik..semput nak jumpa semua

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan