Chop jangan terburu buru kata teh tarik jahat sebenarnya SEMUA MINUMAN MANIS adalah dalangnya (saja buat teh tarik jadi kontroversi)

Tau tak orang Malaysia mengambil gula yang ke 8 PALING BANYAK DI DUNIA iaitu secara purata sebanyak

  • 3 SUDU KECIL SUSU PEKAT MANIS tambah lagi dengan
  • 2. 4 SUDU BESAR GULA

DALAM SEHARI ?????

‘La tak banyak pun’..

TAK BANYAK KO KATA

Tau tak nilai gula gula ni jika ditukar dalam kalori

3 sudu kecil susu pekat manis = 207 kcal dan
4 sudu besar gula = 240 kcal

Tau tak nak membakar
140 kcal perlu berjalan selama 40minit atau bersamaan dengan 3km???!!!!!

KALAU DAH AMIK DUA DUA ANDA PERLU JALAN 9KM baru bakar gula yang minum tadi

Ada ke wat gitu???
Haaa tepuk dada tanya sendiri

Apa jadi dengan gula yang berlebihan?
Akan ditukar menjadi lemak dan silalah ucap selamat datang kepada berat badan yang bertambah.

Dan untuk pesakit kencing manis….

Takde istilah minum air manis 1 cawan minum air kosong 2 liter

‘Bagi darah cair semula’

NO SUCH THING

Bila dah minum air manis gula dah masuk dalam darah takde benda yang boleh dilakukan kecuali exercise untuk bakar semula gula yang telah masuk dalam badan

Ibarat pakcik makcik ambil satu cawan air dengan 3 sudu besar gula.rasa manis campur air kosong lagi sampai rasa tawar. HAKIKATNYA gula 3 sudu besar tu masih ada takkan hilang atau serap ke udara masih lagi dalam cawan tu.samalah bila dah minum,takkan ‘cair’ gula dalam darah jika minum air kosong banyak selepas minuk air manis

Akibat gula yang sentiasa tinggi ni akan membuat buah pinggan dan jantung kerja ‘overtime’ nak bersihkan darag so jadilah sakit janting dan rosak buah pinggang.
Macam kereta..kalau kereta maximum had adalah 5 orang,kalau setiap hari 10 orang yang naik mesti cepat kereta tu rosak (suspension rosak,tayar botak,seat koyak)…macam tulah badan

INGAT NIKMAT 2 SAAT BOLEH MENYESEAL SEPANJANG HAYAT

Kan dah bebel malam malam ni..
Siaplah esok rasa nak bebel pasal kolesterol dengan lemak

!! KOLESTEROL BUKAN LEMAK !!
!! LEMAK BUKAN KOLESTEROL !!

Sekian dulu

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan