MULTIVITAMIN UNTUK ANAK

Perlu ke tak perlu?
Kita tengok berapa situasi di bawah?
.

Situasi 1
Seorang ibu mengandung. Kerap merasa loya, muntah dan kurang selera makan akibat hormon mengandung. Bila ada selera tak dapat nak habiskan satu hidangan sebab baby yang makin besar dalam rahim makin menekan perut makin kurang ruang untuk makanan
Perlu ke tidak multivitamin?
.

Situasi 2
Bayi berusia 8 bulan kurang makan..berat badan naik perlahan..aktif bergerak sini sana..tiada sakit (contoh demam,selesema,batuk) dalam tempoh 3 bulan..
Perlu ke tidak multivitamin
Tidak
.

Situasi 3
Seorang lelaki berusia 30an. Sihat tiada penyakit. Selera makan ok..boleh habis 2 pinggan kalau nak cuma kurang makan sayur dengan buah. Kurang aktif bersukan..adalah seminggu sekali..
Perlu ke tidak multivitamin?
Tidak
.

Situasi 4
Seorang pakcik berusia 65 tahun. Jalan bertongkat atau perlahan sebab dah sakit sendi dan tulang. Tak dapat nak makan seperti biasa sebab kurang selera makan. Tiada masalah kesihatan kecuali darah tinggi.
Perlu ke tidak multivitamin?
Ya..
.

Keperluan Multivitamin perlu ikut situasi
Tidak semua memerlukan multivitamin
ELOK AMBIL DARI SUMBER SEMULAJADI

Mulitvitamin juga ada jenis jenis nya

bukan semua multivitamin sesuai bagi anak, bukan semua multivitamin sesuai untuk ibu mengandung dan bukan semua multivitamin sesuai untuk warga ema.

Multivitamin gabungan pelbagai jenis vitamin dan gabungan secara tak smeula jadi akan mempengaruhi kadar absorpsi setiap zat dalm multivitamin tersebut.
.

Tahukah anda?

? 1 biji kiwi sehari ATAU
?? 2 biji oren
DAH CUKUP Keperluan vitamin C  sehari

?2 -3 cawan susu biasa (belum lagi yang tinggi kalsium)
DAH CUKUP Keperluan kalsium sehari

Campuran
? satu hidangan steak atau
?? ? 3 ketul ayam
???? 4 senduk sayur hijau dimasak dan
?? 2 mangkuk bijirin (iron fortified)
DAH CUKUP Keperluan zat besi sehari

Baik makan sedap dari telan ubat kan..
.

Yang penting makan secara sihat dan seimbang
Ikut konsep #sukusukuseparuh baru boleh dapat keperluan zat semua
.

Pssst saya tak anti multivitamin tau…cuma ikit keadaan sahaja..bukan semua orang perlu
.
.

Sekian

Dietitian fizah

#dietitianfizah

jom join kelas diet si manja untuk mengetahui pada masa bila sesuai untuk bagi multivitamins dan apakah jenis multivitamin yang sesuai untuk diberi kepada anak ketika itu.

Klik sahaja link di bawah untuk join

KELAS ONLINE: DIET UNTUK SI MANJA

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan