Apakah target anda sebenarnya?
(Tanya diri sendiri..kena jawab dengan jujur)

  1. Adakah nak turun berat badan semata mata sebab nak turun nak jadi lagi cantik/handsome atau nak badan berketul ketul?
    Nak turun untuk menjadi lebih sihat?
  2. Nak turun untuk pregnant?
  3. Nak turun untuk melegakan sakit otot dan sendi?
  4. Nak turun sebab taknak kena ejek atau jadi bahan?

Kalau setakat no 1 silakan nak ikut fad diet yang berleluasa di internet sekarang seperti paleo diet,atkins diet, dan yang terbaru intermittent fasting

Kalau goal nak semua di atas FAD DIET TAK SESUAI

Kenapa?

Semua fad diet focus kepada total berat badan yang hilang tetapi TAK FOKUS UNTUK BERAT MAINTAIN HILANG

Itu sebab banyak sangat kajian kajian mengatakan fad diet memang boleh turun berat badan TAPI

  1. Tak realistik
    – melibatkan pengamalan atau elakkan sesuatu macronutrient yang penting untuk kesihatan diri sendiri
  2. Side effect yang teruk
    – ada sebab kenapa carbohydrate,protein dan fat adalah 3 nutrient yang utama..ini sangat diperlukan untuk kesimbanvan FUNGSI badan
    – hanya dengan tak ambil carbohydrate anda boleh alami macam macam simptom seperti sakit perut,pening,muntah,nafas berbau,berak cair, mudah penat dan macam macam lagi
  3. Tidak dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lama
    – berapa lama anda nak elak nasi,mee,meehoon,roti dan buah?
    – berapa lama anda boleh berpuasa?sedangkan umat islam paling lama puasa adaalah 8-12jam sehari selama 1 bulan sahaja..adakah anda nak buat seumur hidup?

Yang sayangnya MEDIA MEDIA hanya tekankan artis kesayangan saya (yes i luv lisa surihani, she is so cute) mengamalkan Intermittent Fasting tapi tak bagitahu pun penat beliau untuk exercise, jaga makan dengan elok dan mengamalkan disiplin yang konsisten

Ingat hanya dengan IF lisa boleh jadi macam tu? Come on guys and galz there is no shortcut to health..
.
Tak percaya lagi??
Ini adalah research atau kajian yang menunjukkan tiada beza yang mengamalkan IF dan yang konsisten jaga pengambilan diet dari segi kehilangan berat badan

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4924195/
.
.
Tolong jangan percaya bulat bulat pada media
.
Tanya dan clearkan info tersebut dengan pakar
.
Anda senang nak dapat maklumat?anda juga senang untuk sahihkan maklumat yang anda dapat
.
Senang crite…nak turun berat cepat ke nak maintain berat badan tu hilang?

Aku tak kisah ko hilang 100kg pun dalam sebulan tapi yang powernya adalah bila anda dapat maintain berat badan yang hilang

Sekian

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan