Saya bukan nak bash golongan yang anti ubat atau pun yang mengagungkan makanan sebagai rawatan setiap jenis penyakit . Hanya sekadar menyampaikan fakta serta kajian yang menunjukkan cara makanan natural berfungsi . Biasa dengar Vitamin C sebagai booster immuniti badan? …tak salah . Dah awat cik kiah ni kabo tak guna makan masa sakit . Haa meh dietitian nak crite Vitamin C memang

1. Naikkan immuniti badan (dapat kuatkan sel dari dalam)

2. Bertindak sebagaia antioksidant yang bagus (tu yg banyak dalam produk kecantikan)

Tetapi hanya membantu sebelum KENA SAKIT (terutamanya demam,selsema, batuk) Bila dah KENA lain cara kira perlu ambil untuk merawat sakit tersebut.. . Keadaan sebelum sakit

1. Badan kuat

2. Jangkitan / kuman /bakteria berada pada paras yang rendah

Masa ini badan akan ambil masa nak bina kubu pertahanan…ibarat ketika negara aman kita ambil kesempatan nak bina the Great Wall nak elak penceroboh/penjahat masuk Tetapi bila ketika sakit

1. Badan lemah, takde selera makan

2. Jangkitan / kuman/ bakteria pada tahap yang tinggi

Masa ini badan perlu melawan..mana ada dah nak bina pertahanan..masa ini askar askar badan (sel darah putih,antibodi) perlu bekerja keras..ibarat jika negara sedang berperang kita bukan hanya mengharap Great Wall yang kukuh tapi perlu serangan membalas semula dengan peluru, bom dan macam macam lagi.. . Begitula vitamin C..boleh membina Great Wall tapi tak boleh bertindak sebagai peluru . Itu juga sebab waktu sakit jika ambil Vitamin C ia tak berkesan . Jika sakit rujukla pada klinik/hosp untuk dapat kan badan bantuan peluru dan bom untuk lawan musuh yang sebabkan kita sakit (dalam bentuk ubat ke antibiotic ke dlll) . Saya lihat terutamanya golongan yang sensitif seperti bayi dan ibu mengandung begitu takut/was was nak ke klinik ketika sakit dan hanya bergantung kepada vitamim C yang terkandung dalam makanan . Harap dapat clear Sebelum sakit vitamin C terbaekkk Waktu sakit carilah askar lawan penyakit dari klinik/hospital https://www.hindawi.com/journals/bmri/2018/1837634/ https://www.mja.com.au/journal/2001/175/7/mega-dose-vitamin-c-treatment-common-cold-randomised-controlled-trial Sekian Dietitian Fizah Sobri Peluru dan Great Wall tak sama

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan