‘STRESS SAYA’
…..

Pernah dengar ayat macam tu dari ibu mengandung?
….

Rasa rata rata mesti bakal ayah pernah dengar luahan macam ni dari isteri yang sedang mengandung
.

Wahai para suami…tiada istilah terlalu manjakan isteri..atau isteri terlalu berdikari
.

Sekuat mana pun isteri, mereka tetap perlukan kasih sayang dan bantuan dari suami,itulah sebab tuhan mencipta wanita..sebagai peneman lelaki dan sebaliknya
.

Tak perlu buat benda yang gah gah macam sewa limo, beli cokelat mahal mahal, beli bunga setiap hari tidak…buat benda kecik pun isteri boleh senyum
.

Contoh

❤ Bila dah nampak isteri tak larat masak,silalah beli makanan dari luar (kalau jenis masak terus dapur hangus..hehe).biar isteri rehat..
* tapi pastikan makanan yang balance dah berkhasiat untuk mommy & baby dan pada masa sama naik selera isteri seperti
– nasi ayam goreng berempah dengan sayur hijau(salad) banyak (banyak sumber zat besi)
– buah buahan atau fresh juice (boleh utamakan warna oren,kuning untuk naikkan vitamin c)

❤pastikan isteri makan
– sikit sikit tapi kerap
– ibu mengandung selalu akan rasa loya,tak selera makan, dan nak muntah
– ayah tolong belikan snek yang sihat seperti kacang kacang,buah buahan janganlah asik beli asam asam, ice cream nanti ada pulak yang jadi belon

❤ayah belilah supplement yang SESUAI DAN DARI PHARMACY
– seperti multivitamin,calcium, zat besi yang akan membantu baby besar dengan sihat dan comelzzz
-JANGAN BELI DARI DIRECT SELLING sebab selalunya direct selling tiada kajian yang membuktikan keberkesanan produk,hanya testimoni sahaja..

Banyak lagi ayah boleh tolong mommies tapi yang paling penting SENTIASA SOKONG ISTERI..nak merasa sebahagian tanggungan isteri?saya cabar suami bawa sekapit beras 10kg dekat perut setiap hari 24jam/7hari selama 9bulan…anda berani?
.

Lagipun jika bukan dengan suami,siapa lagi yang isteri akan bermanja?ye dok

Sayang semua
Dietitian fizah

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan