Ramai mommies pelik kenapa dah amik dah macam macam tapi Hb tak naik naik..
– supplemen yang klinik bagi
– supplemen yang beli (ni hati hati bukan semua selamat untuk ibu mengandung, jangan percaya testimoni2 sahaja)
Datang je ke klinik nurse tegur, datang je klinik kena tulisan warna merah
.
Macam ni..zat besi tu hanya 30% je dari kesuluruhan cara untuk menaikkan HB..
Perlu buat 3 perkara
Caranya
1. Ambil supplemen zat besi 1-2 jam SEBELUM/SELEPAS makan, jangan ambil bersama makanan
2. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi ketika ambil hidangan utama
3. Ambil makanan tersebut bersama dengan makanan yang TINGGI VITAMIN C
4. Elak makan bersama makanan yang menghalang zat besi masuk dalam badan
5. Enjoy your pregnancy…tak mau stress stress..tak cukup tidur..pening2, nanti muntah balik makanan habis zat zat yang ambil tadi..
.
Apa makanan yang boleh MENGGALAKAN zat besi masuk dalam badan..hehehe saya dah buat gambar dekat bawah
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN pun ada juga..
Tau kalau buat post panjang2 nanti takde orang nak baca..
.
.
Nak tau apa makanan yang kaya dengan zat besi? Boleh lihat posting sebelum ini ye
Sekian mommy dietitian
Dietitian fizah
#dietitianfizah