APA DI LABEL TAK SAMA DENGAN INGREDIENTS?.

Senyum saya baca beberapa komen hari ini mengenai cara baca label produk.

Haritu saya tanya siapa nak saya ajar tak sampai 25 org pun angkat tangan..hehehe.Ok gini..

Nutrition label vs nutrition ingredients
Nutrition labelAda 2 bahagian iaitu

-per serving (berapa banyak yang disarankan untuk ambil sekali makan)

– per 100ml/gram (senang untuk membuat perbandingan antara produk)
Wajib mempamerkan kandungan calorie dan 3 main macronutrient iaitu carbohydrate, protein dan lemak.

Lain dari itu tidak wajib, tetapi sangat digalakkan oleh company untuk letak
Kategori yang akan diletak bawah
**Carbohydrate

– total sugars (gabungan sucrose,fructose,lactose,maltose)- dietary fiber (gabungan serat larut air dan serat tidak larut air)- mungkin ada company yang akan memberi maklumat lebih dengan menyenaraikan secara terperinci setiap kategori


**Protein- selalu tiada pecahan tapi jika ada akan lebih kepada jenis seperti casein dan whey


** Fat

– saturated fat (lemak tepu❎)

– monounsaturated fat (lemak mono tak tepu✅)

– polyunsaturated fat (lemak poli tak tepu)

– trans fat (❎)

– cholesterol (❎)
** lain lain adalah dari kategori vitamin dan mineral


Apabila saya baca komen komen puan ramai yang risau mengenai sugar.
Jika mommies lihat di nutritition label ada tulis total sugars itu bukan bermaksud sugars (gula putih) seperti yang kita bayangkanTotal sugars maksud dari SEMUA jenis gula ringkas iaitu (maltose,lactose,sucrose dan fructose).

Maka untuk lebih kepastian boleh lihat di bahagian INGREDIENTS pula.
Ingredients

SEMUA BAHAN YANG DIGUNA UNTUK MEMBUAT PRODUK TERSEBUT

Jika ada sugar di bahagian ingredient maka baru betul betul ada gula putih dalam produk tersebut ye
**kadang kadang di nutrition label tidak menyebut total sugars tetapi di ingredients ada.

*** walaupun di depan nyatakan tiada added MSG perlu juga tengok ingredients, jika ada sodium citrate, sodium benzoate, sodium chloride atau apa apa sodium maka adalah sodium di dalam makanan tersebut


Harap harap informasi ini dapat membantu
First step tgk di nutrition information Second step baru di ingredients.


Sekian Dietitian Fizah Sobri
Ada banyak lagi informasi saya share dalam posting tapi bagi mereka yang nak saya explain lebih detail dan menyeluruh (bukan dalam posting) boleh join kelas online saya di www.nasihatdiet.com

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan