SAYA KISAH SEBAB PENJUAL TAK KISAH.Saya teringat satu kisah semasa bertugas di Institut Kanser NegaraDi sini semua pesakit kanser wajib berjumpa dengan Pegawai Dietetik sebab semua akan memerlukan intervensi Medical Nutrition therapy..

Rawatan kanser sangat mencabar dan mengambil masaSewaktu rawatan boleh mengalami macam macam simptom seperti ulser, oral mucositis, cirit birit, dan macam macam lagi yang akan menyukarkan pesakit mendapat zat mencukupi.Jika zat tak mencukupi lebih susah pesakit nak lawan kanser tersebut.

Ada satu kisah melibatkan seorang ibu muda berusia 33tahun.Sebab semua wajib jumpa dietitian, setiap kali pesakit ini masuk saya akan jumpa dia.Dalam tempoh setahun saya ikuti perkembangan dia dari mula rawatan hingga ke akhir..

Pesakit ini mempunyai 3 orang anak lelaki yang kecil berusia 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.Merekalah yang menjadi semangat ibu muda ni nak teruskan perjuangan

Setiap bulan dia perlu masuk ke IKN untuk rawatan dan dia sangat patuh dengan arahan serta nasihat dari doktor dan team perubatan.Setiap bulan beliau akan ‘check in’ ke IKN untuk rawatan.

Tetapi…. pada bulan ke 6 ibu tadi tak check in.

Bulan ke 7 juga tak check in.

Kepada saya…mungkin dia ambil rawatan di HKL atau tempat lain

Keadaan beliau last saya jumpa breast cancer stage II dan sedang membuat rawatan chemotherapy..

Pada bulan ke 8 beliau masuk semula ke IKN

Bila jumpa berdepan sedih sangat saya tengok

Dari rambut dia yang tebal dan cantik sudah jadi botak..

Dari badan dia yang sihat jadi kurus nampak tulang riba..

Dari senyuman mesra dan bersemangat jadi senyuman yang tak bermaya…

Kenapa?apa dah jadi?

BELIAU STOP TREATMENT DARI HOSPITAL dan membuat TRADITIONAL treatment sambil telan SUPPLEMENT SAHAJA .

Ibu muda mendapat nasihat dari kenalan kepada kenalan yang menjual supplement untuk membuat traditional treatment tanpa memberitahu atau bertanya pendapat pakar perubatan yang merawat. Dan nasihat dari kenalan ini juga UBAT HOSPITAL MEMBAHAYAKAN focus natural sahaja. Supplemen dia yang berhaga beribu itu mampu melawan kanser..

Akibatnya dalam tempoh 2 bulan sahaja keadaan pesakit dari stage II telah menjadi stage IV dan lagi teruk kanser telah merebak ke peparu dan tulang..

Beliau meninggal dalam tempoh seminggu selepas masuk semula ke hospital.

Saya ingat hari beliau meninggal, kain putih menutup seluruh badan beliau, tirai hospital tutup katil

Suaminya tengah duduk di kerusi sebelah jenazah isteri dan sambil muka yang hilang arah pandang pada saya dan bertanya

‘Apa yang saya nak bagitahu anak anak?’.

Di mana penjual supplemen masa ni?

Di mana individu yang suggest rawatan traditional masa ni?

Di mana perawat traditional/natural masa ni?

Ada mereka kisah?.

Tolong masyarakat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan produk/supplemen

Kalau betul baik lama dah KKM ambil.

Kita pun nak pesakit baik.

Jangan hingga jadi seperti situasi di atas baru nak menyesal

Jangan bila ada kematian baru anda nak sedar.
SekianDietitian Fizah Sobri

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan