TENTANG SYARIKAT

Hafizah MS Sales and Consultancy ditubuhkan oleh seorang pegawai dietetic yang berkelulusan dan bertauliah kerana ingin memberi maklumat yang berasaskan fakta kepada masyarakat mengenai cara pemakanan yang sihat, dan betul mengikut keadaan dan penyakit. Difahamkan ramai pesakit tidak dapat berjumpa dengan pegawai dietetik di klinik atau hospital kerajaan akibat kekurangan tenaga kerja walaupun keperluan makin meningkat.

Keadaan ini menjadi lebih teruk akibat media social yang sentiasa menyebarkan fakta diet yang salah dan kewujudan supplemen – supplemen di pasaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Statistik ‘Non – communicable disease’ juga makin meningkat dengan tahap obesity dari peringkat kanak – kanak sehingga ke dewasa menjadi punca kepada penyakit lain seperti darah tinggi, diabetes dan sekaligus menignkatkan kos perubatan negara.

Oleh itu pegawai tersebut menubuhkan syarikat ini sebagai platform untuk memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi dan mendapat konsultasi dari pegawai dietetik yang bertauliah. Dari itu permulaan dengan memberi kelas diet online kepada peserta peserta dengan memfokuskan kepada golongan ibu dan anak. Antara tajuk kelas adalah diet ibu mengandung, menyusu dan berpantang, kelas picky eater, dan kelas ‘weight loss the basics’.

Selepas itu dikembangkan dengan mewujudkan bahan pendidikan seperti ‘Puzzle Board Diabetes’ hasil dari ciptaan inovasi pegawai tersebut dan juga templat ‘ Plan your own menu’. Pada bulan Oktober 2018 syarikat ini telah didaftarkan bawah Suruhajaya Syarikat Malaysia untuk mengembangkan servis dengan meningkatkan bilangan pegawai dietetik yang boleh memberi informasi serta konsultasi yang ‘evidence based’.

 Dengan prinsip ‘ Diet Advice You can Trust’ syarikat ini berharap akan terus berbakti kepada masyarakat dengan membekalkan ilmu yang betul dan berasaskan fakta agar mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera..

URUSNIAGA SYARIKAT

PERKHIDMATAN

  1. Memberi khidmat konsultasi diet secara online atau kelas / bengkel/
    forum/ ceramah
  2. Memberi khidmat konsultasi diet secara individu (personal) atau secara
    berkumpulan
  3. Tajuk konsultasi diet merangkumi tetapi tidak terhad kepada berikut:
    • Penurunan berat badan
    • Mengandung, berpantang, menyusu
    • Diabetes
    • Diabetes ketika mengandung
    • Darah tinggi
    • Kesihatan jantung
    • Kolesterol tinggi
  4. Memberi khidmat konsutasi diet di rumah bagi pesakit terlantar
  5. Khidmat membuat menu bagi orang awam, pesakit dan juga untuk
    kegunaan taska / tadika/ pusat asuhan berdaftar
  6. Khidmat mengira keperluan dan membuat regime diet bagi pesakit 
    terlantar yang bergantung pada tube feeding (pemakanan tiub)
  7. Khidmat menukar tiub pemakanan di rumah
  8. Menjalankan kajian berkaitan dengan diet, ilmu pengetahuan diet,
    keberkesanan produk dan lain – lain yang berkaitan

PEMBEKALAN & PEMBUATAN

  1. Membekal serta membuat education dan health tools seperti
    • Pinggan Sihat Malaysia
    • Pamphlet, brochure dan helaian info kesihatan
    • Puzzle board diabetes
  2. Membuat video pendek mengenai kesihatan dan diet
  3. Membuat artikel mengenai diet dan kesihatan untuk digunakan di
    website atau badan organisasi yang lain

PENAFIAN

Website ini adalah hakmilik www.nasihatdiet.com. Sebarang maklumat yang diambil dari website ini perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu

ALAMAT

HAFIZAH MS SALES AND CONSULTANCY

No 13 Jalan Putra Perdana 7/4, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan